

Baru baru ni kami ada buat satu trip ke Jeli. Masuk kat kongsi balak dan Kg orang Asli Jahai. Kami menerima sambutan baik dari kawan-kawan di kong si balak terutama Pak Lang. Kami bertolak agak lewat pada petang tu, kami berhenti makan malam di tempat perkelahan dekat batu peringatan lebuhraya Timur-Barat. Lepas perut dah penuh dengan nasi dan kari ayam ala penang yang dimasak oleh Pak Su Penang, kami meneruskan perjalanan.

Sepanjang perjalanan sejauh 10 km kedalan Hutan Simpan Belum, terdapat papan tanda AWAS GAJAH di setiap selenkoh jalan yang menambahkan kerisauan terutama kepada kaum wanita yang ikut trip kali ini. Jalan masuk agak cantik kerana kering. Lebih kurang jam 1230 tengah malam kami sampai ke kongsi balak. Disini kami berjumpa dengan Pak Long yang menasihati kami supaya tidur berhampiran tempat mereka kerana kurang selamat. Kami dimaklumkan bahawa kadang-kadang gajah dan beruang sering datang ziarah ke tempat itu dan selalu merosakkan peralatan. Kecut juga perut dengar cerita dari Pak Long. Ada juga cerita tentang ular tedung selar sebesar batang pinang yang mematuk tayar santaiwong dekat jambatan no 2 jalan masuk. Kami mengenang kembali sewaktu masuk semua buka cermin kononnya nak menikmati udara malam yang segar. Alhamdulillah, kami masih dipelihara ALLAH.

Keesokkannya kami menziarah Kg Orang Asli Jahai. Sambutan yang diberikan agar kurang menyenangkan. Nak buat macam mana .....jarang-jarang tengok orang. Tok Batin bukan main 'timing badak'. Kita datang tempat dia nak ziarah dan bagi sedikit makanan pun nak buat mcm tu..... Tak kisahlah. Ka

No comments:
Post a Comment