Friday, October 28, 2011

XPDC Recovery Mat Daling

     Pada 29 Okt 2011, saya telah dijemput untuk menyertai satu XPDC untuk menyelamatkan satu kenderaan rakan yang telah 2 minggu tersadai di Mat Daling , Pahang. 3 buah kenderaan yang akan turut serta di mana kenderaan saya akan membawa Group Mekanik Khas yang akan membuat pembaikkan keatas kenderaan tersebut. Kami jangkakan pembaikkan akan memakan masa lebih kurang 4-5 jam kerana melibatkan pembaikan kotak gear. Namun saya amat yakin dengan kemahiran group mekanik ini yang sememangnya mahir. InsyaAllah jika masa mengizinkan kumpulan kami akan meneruskan XPDC ini ke Kg Mat Daling apabila kenderaan tersebut siap dibaiki.

     Ini adalah kali pertama saya mengikuti XPDC bersama rakan-rakan baru dan berharap dapat menimba pengalaman dan menambahkan kenalan antara rakan seminat. Semoga hubungan baik sesama rakan 4x4 ini akan berkekalan selamanya.

 


 


 

Thursday, May 26, 2011

Kembara Merentas Titiwangsa

Satu program Kembara Merentas Titiwangsa telah dirancang pada 26 Jun 2011. Kembara ini akan bermula di Sungai Siput, Perak dan akan berakhir di Gua Musang, Kelantan. Kembara merentasi Banjaran Titiwangsa ini akan melalui Rasah - Pos Yom - Pos Kotai - Pos Beswok - Pos Tuwil - Pos Kuala Betis - Gua Musang. Kembara ini di jangkakan akan mengambil masa selama 3 hari 2 malam. Jumlah kenderaan yang akan mengukuti kembara ini dihadkan kepada jumlah maksima sebanyak 8 buah sahaja.

Antara persiapan yang di perlukan adalah persiapan yang rapi kepada kenderaan. Peralatan tambahan seperti Winch hendaklah dipasang pada kenderaan. Tayar mestilah sekurang-kurangnya jenis MT dan peralatan persendirian seperti kabel, cangkul, chovel dan shackle hendaklah di bawa oleh setiap kenderaan. Makanan hendaklah dibawa secara persendirian bagi setiap kenderaan untuk menampung ahli bagi kenderaan itu sendiri. Peralatan masak seperti dapur, periuk, pinggan, cawan dan sudu untuk kegunaan peribadi hendaklah dibawa. Bagi yang merokok, eloklah bawa bekalan yang berlebihan. Rokok Daun untuk menampung semasa sesak eloklah dibawa. Penyediaan makanan secara berkelompok akan dilaksanakan untuk memupukkan semangat kerjasama sesama peserta.

Persiapan yang rapi hendaklah dibuat dari sekarang. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi admin (012-4203979) untuk tempahan. Tempahan hendaklah menyatakan jenis kenderaan dan jumlah peserta yang terlibat. Tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan. Kami cuma mahukan semangat setiakawan yang tinggi dari para peserta. Kembara ini adalah riadah disamping menguji kecekapan pengendalian kenderaan dan ketahanan fizikal dan mental peserta. InsyaAllah, program kali ini akan berjaya dilaksanakan dengan jayanya. JOM KITA OFF ROAD.......

Friday, February 11, 2011

Cabaran Gulau - Gubir (3-4 Feb 2011)

            Setelah lama menyepi daripada aktiviti off road, keinginan untuk masuk hutan membuak-buak. Kesempatan cuti Tahun Baru Cina dimanfaatkan untuk menghilangkan keinginan hati yang telah lama meronta-ronta. Kesempatan cuti panjang kali ini di ambil untuk mengharungi cabaran trail Gulau - Gubir. Pada pagi 3 Feb 2011, empat buah kenderaan berkumpul di simpang Gulau pada jam 0930 sambil menikmati roti canai dan teh tarik di gerai. Kenderaan yang menyertai cabaran pada kali ini ialah 2 buah Pajero, sebuah Cherokee dan sebuah Terrano. Semua kenderaan membawa keluarga masing-masing.

             Pada jam 1000, kami melalui jalan masuk ke Lasor. Kami berjumpa dengan lebih kurang 40 biji geng scramler.. Mereka memberitahu kami bahawa mereka ingin keluar mengikut jalan Lasor. Setelah habis bersembang dengan geng motor, kami meneruskan perjalanan kami ke dalam hutan Gulau untuk menghadapi cabaran-cabaran yang hendak kami tempuhi. Pada lebih kurang jam 1030, kami telah bertemu dengan halangan yang pertama. Kami menempuh halangan itu dengan dengan mudah sekali.. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke halangan yang seterusnya. Halangan yang kedua sukar juga bagi kami menempuhnya,tetapi dengan bantuan winch kami boleh melepasi halangan tersebut.

           Pada jam 1300, kami telah tiba di Air Kijang, dan berbincang untuk berehat seketika.. Ada yang bermandi-manda di sungai yang berdekatan.. Pada jam 1330, kami meneruskan perjalanan yang mana kami mensasarkan untuk sampai ke Sira Batu pada malam itu. Cabaran-cabaran yang kami hendak tempuhi amat menguji minda para-para pemandu. Kami perlu menempuhi lorong kubang gajah yang amat panjang dan kami telah melepasi halangan tersebut dengan susah sekali.. Kami melepaskan kenderaan yang pertama iaitu Pajero dengan menggunakan bantuan Winch.. Kenderaan yang seterusnya tidak lagi menggunakan bantuan Winch kerana kami hanya tarik kereta yang lain menggunakan kabel.

             Pada jam 2200 kami tiba di Sira Batu.. Kami berhenti berkhemah kerana hari sudah lewat malam.Semua pemandu terbaring keletihan.. Kaum wanita pula menyediakan hidangan makan malam. Hidangan malam itu amat sedap dan menyelerakan.. Selepas habis makan, kami bersembang sambil menikmati air kopi.. Dalam jam 2330, semua ahli kumpulan kami masuk ke khemah masing-masing..

             Pada keesokan harinya, kaum wanita bangun awal untuk menyediakan sarapan untuk ahli-ahli kumpulan. Setelah habis makan dam minum, semua ahli kumpulan turun ke sungai untuk bermandi manda. Air sungai Ulu Muda tersebut amat sejuk tetapi menyeronokkan. Setelah selesai bermandi-manda, kami meneruskan perjalanan kami ke halangan seterusnya. Halangan-halangan yang seterusnya amat sukar bagi kami kerana kami kekurangan orang lelaki.. Tetapi kami menempuh halangan tersebut dengan cekal dan tabah.

             Dalam perjalanan kami, sebuah tayar pajero terkoyak akibat tergesel dengan benda tajam. kami menghabiskan beberapa minit umntuk menukar tayar yang terkoyak itu..Selepas beberapa jam perjalanan, kami tiba di Sira Air Panas.. kami meneruskan perjalanan kami, kerana kami kesuntukan masa..
Halangan-halangan yang kami tempuhi amat mencabar stamina pemandu-pemandu.. Beberapa jam kemudian, kami berhenti berehat seketika di tempat perkhemahan yang terakhir untuk menghilangkan rasa penat.. Selepas itu kami, meneruskan perjalanan untuk kami untuk ke keluar melalui jalan Gubir..
Dalam jam 2200, sebuah kereta pajero rosak semasa menaiki bukit.. Kereta tersebut ditarik oleh kereta pajero yang lagi satu.. Kereta yang rosak itu ditarik keluar sampai ke jalan tar.. Kami tiba di Gubir pada jam 0030. Terasa puas mengharungi cabaran kali ini. Kami merancang untuk ke Lata Chermin untuk cabaran akan datang.