Monday, August 22, 2016

Gila Masuk Hutan

           Minat terhadap pacuan 4 roda sememangnya tertanam di dalam jiwa dan sukar dikikis lagi. Apabila lama tidak memandu merentasi hutan dan merasai halangan kaki dan tangan mula bergetar. Cuti hari merdeka yang kian hampir memberikan peluang untuk merancang percutian.
  
            Kemanakah arah tujuan kali ini? Kawan-kawan sebelah utara mengajak untuk terjah kawasan Gerik. Ada juga pelawaan untuk ke Happy Trail, Sungai Pertang di Pahang. Hati pula terasa untuk melihat keindahan panorama Tasik Kenyir. Semua tempat ada keistimewaan sendiri.
 
            Perancangan untuk ke Tasik Kenyir telah dibuat begitu lama. Apa yang ada disana sungguh mengujakan. Ikan air tawar sedia menanti untuk diburu. Hutan yang luas siap untuk aktiviti Jungle Trecking. Tasik Kenyir kau tunggu aku datang......
 
 

Friday, November 16, 2012

TRIP SANTAI BERSAMA KELAB PAJERO MALAYSIA

Pada 10-13 Nov 2012, Utara Offroad Club telah bergabung dengan Kelab Pajero Malaysia untuk satu trip santai ke Sungai Singor, Hulu Perak. Trip tersebut telah disertai oleh 13 buah kenderaan 4x4 iaitu 9 buah kenderaan dari Kuala Lumpur dan 4 buah kenderaan dari Pulau Pinang. Trip ini berakhir dengan kepuasan yang amat sangat bagi pesertanya kerana dapat menikmati hidangan yang lazat dari hasil Sungai Singor iaitu Ikan Kelah, Tengas dan Baung.
Melintasi Sg Teku yang mana jambatan telah runtuh
 
Semua kenderaan dapat melintasi halangan dengan mudah
 
Halangan yang membuat pemandu kecut....
 
Campsite bravo
 
 
Aktiviti sungai

Saturday, July 21, 2012

Ekspedisi Pos Balar

Jalan ke Pos Balar

Jalan licin dan berselut...Kadangkala memerlukan bantuan rakan untuk melepaskan kenderaan

Jalan yang terhakis kadang-kadang boleh membahayakan jika tidak berhati-hati

Sungai yang perlu diredah untuk sampai ke Pos Balar

Meredah sungai sebegini sememangnya mudah bagi kenderaan diesel tetapi bagi kenderaan petrol yang meredah tanpa persiapan rapi inilah akibatnya....

Bagi yang pro meredah sungai adalah satu keseronokan....

Di Kg orang Asli.......kebajikan diteruskan.....buah tangan dihulurkan kepada anak-anak Orang Asli

Faizah Shidee memberikan sumbangan kepada kanak-kanak Orang Asli

Dalam perjalanan keluar. Ekspedisi ini menyeronokkan hasil dari cerita peserta. Admin tidak ikut pada kali ini kerana tak dapat cuti......

Ekspedisi Pos Lemoi

Jalan masuk ke Pos Lemoi yang berbatu-batu

Nasib baik pakai tayar MT aje...kalau pakai Trekker mau menangis...bunga boleh tanggal

Bergambar di hadapan sekolah Pos Lemoi....Keluarga Admin

Keluarga Shidee dan Faizah

Keluarga Yusof Penang

Tempat mandi yang nyaman dan bersih

Tempat mandi yang membuatkan kanak-kanak berendam hingga biru bibir.....sejuk

Kebajikan.....Agihan baju kepada Orang Asli Pos Lemoi..

Sambutan yang amat menggalakkan......2 guni dah kena bawa lari....

Kebajikan diteruskan...Agihan makanan oleh Pak Su Penang kepada anak-anak Orang Asli.....

Inilah khemah kami di tepi Sungai Lemoi yang damai.....

Makan time.....masak kari kambing dengan umbut pisang hutan...perghhhhhhhh

Jalan keluar ke Cameron Highland

Siap sedia nak naik Gunung Brinchang....

Lepak Santai @ Gunung Brinchang ......sejuk dan nyaman

Nak balik singgah habiskan duit beli cenderahati dulu......

Tuesday, April 24, 2012

Pos Lemoi.....Oh Pos Lemoi

 20 tahun dulu, admin pernah berjalan dari Ringlet - Pos Lemoi - Kuala Medang. Masa tu masih muda dan masih baru dalam tentera. Terasa amat seronok semasa itu. Setelah 20 tahun berlalu, kalau disuruh berjalan lagi melalui jalan tersebut, rasanya dah tak mampu. Hati meronta-ronta mengajak untuk masuk ke kawasan yang penuh nostalgia itu.

Hasrat mungkin akan tercapai pada 27 April 2012 ini, apabila Utara Off Road sekali lagi merancang Ekspedisi untuk ke Pos Lemoi. Maklumat dari pembacaan dalan internet dan bahan cetak memberikan maklumat bahawa jalan ke sana memang amat mencabar terutamanya apabila musim hujan. Tapi inilah yang dicari oleh offroaders seperti kami. Maklumat juga mengatakan bahawa Sg Lemoi ada banyak ikan kelah, jadi kami juga amat berminat untuk menangkap ikan kelah untuk hidangan kami semasa berada di sana nanti.

Ekspedisi yang dirancang pada 27 April 2012 hingga 30 April 2012 diharap akan memberikan kami pengalaman baru dalam pengendalian kenderaan. Adalah diharapkan juga peserta ekspedisi pada kali ini akan memberikan kerjasama yang jitu dalam mengharungi cabaran. InsyAllah. Jom ke Pos Lemoi..........

Wednesday, January 25, 2012

Ekspedisi Air Banun - Pos Kemar - Sg Siput


            Lebih setahun menunggu peluang untuk meredah hutan setelah  setahun menumpukan perhatian kepada pengajian. Kini pengajian telah tamat dan pada cuti Tahun Baru Cina (21-23 Jan 2012) peluang meredah hutan datang lagi. 8 buah kenderaan mengambil bahagian pada ekspedisi pada kali ini. Perancangan awal kami adalah untuk bersantai di Sungai Sengoh, Air Banun untuk mencari Ikan Kelah. Nasib tak menyebelahi kami di mana jambatan telah runtuh. Kami berjumpa dengan rakan Offroader dari Kuala Lumpur sedang membaiki jambatan tersebut. Saya percaya dengan jumlah peserta yang ada, mereka akan berjaya. Syabas rakan-rakan. Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh kumpulan mereka sangatlah baik. Pembahagian kerja di buat dengan teratur.
               Kumpulan saya telah berbincang dan mengambil keputusan untuk membatalkan niat untuk bersantai dan akan meneruskan program dengan aktiviti merentas hutan. Kami bersetuju untuk menyahut cabaran untuk ke Pos Kemar dan seterusnya keluar melalui Sg Siput. Gambaran yang agak negatif diberikan oleh rakan-rakan Offroaders terdahulu yang mana untuk jalan Pos Kemar ke Air Banun perlukan sekurang-kurangnya 4 hari untuk ditempuhi. Kami bertekad untuk mencuba kerana mengikut maklumat yang diberikan oleh orang asli, jalan itu hanya mengambil masa 5 jam sahaja jika bermotosikal.
                Walau apa pun cakap dari orang asli kami ingin mencuba, apatah lagi ingin membuktikan bahawa segala cakap-cakap orang itu adalah tidak benar. Jam 2 petang pada 21 Jan 02 kami mula bertolak dan mencari-cari jalan yang menghubungkan Air Banun dan Pos Kemar. Pada lebih kurang jam 6 petang kami sampai di Kongsi Balak Sun Yap. Kami memohon kebenaran untuk bermalam disitu kerana pemandangan disitu begitu cantik sekali berlatarbelakang Tasik Temenggor. Penjaga di situ mencadangkan kepada kami supaya bermalam di Pos Chiong yang mana hanya 5 minit perjalanan dari tempat tersebut.  Kami disambut baik oleh Batin Ramli di Pos Chiong
          Penduduk Pos Chiong tengah membuat persiapan untuk keramaian dimana pada malan itu akan diadakan pertandingan karaoke dan pada keesokkannya sukaneka. Penduduk dari kampung orang asli berdekatan telah mula berkumpul. Pada mulanya kami dibenarkan untuk bermalam di Dewan Orang Ramai tetapi kami mengambil keputusan untuk berkhemah sahaja kerana lebih selesa dan tidak mahu mengganggu tempat yang telah disediakan untuk tetamu yang datang dari kampung-kampung lain. Kami bermalam disitu dan pertandingan karaoke terpaksa dibatalkan kerana hujan yang berterusan pada sebelah malam.             
            Pada pagi 22 Jan 02 , kami mengucapkan terima kasih kepada Batin Ramli kerana membenarkan kami bermalam di Pos Chiong. Batin Ramli mengalu-alukan kedatangan kami lagi ke Pos Chiong. Kami memulakan perjalanan pada jam 1030 pagi merempuh suasana hutan simpan Temenggor. Suasananya sungguh nyaman dan menenangkan fikiran. Kami tiba di persimpangan Pos Kemar dimana hari telah hampir petang. Ramai yang ragu-ragu dengan jalan tersebut kerana begitu semak dan hanya ada bekas lama yang dilalui kenderaan. Saya mendahului sebagai perintis jalan.                                                                                                                                                                                      

           Memang terasa agak sukar melalui jalan tersebut, namun hati terasa puas kerana inilah yang dicari-cari    oleh offroader tegar. Memang terasa puas melalui jalan seperti ini. Jalan ini boleh dikategorikan sebagai HARDCORE. memang berbaloi untuk mengharungi trek tersebut. Mengharungi jalan trek tersebut begitu menduga mental dan fizikal pemandu dan memerlukan skill pengendalian kenderaan yang tinggi. Kenderaan pula mestilah cukup bersedia dengan peralatan tambahan yang sewajarnya. Keseronokkan dirasai kerana semua peserta hanya menggunakan tayar MTsahaja.   
              Jalan yang dilalui memang licin dan ada peserta yang agak menyesal kerana tak tukar kepada tayar trekker. Berkat kerjasama yang diberikan oleh semua krew kami berjaya keluar ke Pos Kemar pada jam 0700 pada 23 Jan 02. Kalau diikutkan, jangkamasa yang diambil oleh 8 buah kenderaan untuk merentas dari Air Banun ke Pos Kemar hanya mengambil masa 2 hari 1 malam sahaja. Satu pencapaian yang menakjubkan oleh kumpulan kami.  Masing-masing merasa puas kerana ekspedisi yang tak terancang ini telah berjaya walaupun berlaku kerosakkan kecil pada kenderaan.  2 buah kenderaan mengalami kerosakkan clutch.
     
               Saya merasa amat seronok dengan trip pada kali ini terutama dapat mengenali kawan-kawan baru terutamanya Abg Nan (Pak Long). Adalah diharapkan kita akan bergabung lagi untuk trip yang lebih menyeronokkan. Cadangan saya adalah untuk mengharungi trek Kuala Betis (Gua Musang) ke Beswok. Jumpa lagi.......Off Road selamanya...Assalamualaikum


                                                                                                                               
                                                                                                                                                                           

Friday, October 28, 2011

XPDC Recovery Mat Daling

     Pada 29 Okt 2011, saya telah dijemput untuk menyertai satu XPDC untuk menyelamatkan satu kenderaan rakan yang telah 2 minggu tersadai di Mat Daling , Pahang. 3 buah kenderaan yang akan turut serta di mana kenderaan saya akan membawa Group Mekanik Khas yang akan membuat pembaikkan keatas kenderaan tersebut. Kami jangkakan pembaikkan akan memakan masa lebih kurang 4-5 jam kerana melibatkan pembaikan kotak gear. Namun saya amat yakin dengan kemahiran group mekanik ini yang sememangnya mahir. InsyaAllah jika masa mengizinkan kumpulan kami akan meneruskan XPDC ini ke Kg Mat Daling apabila kenderaan tersebut siap dibaiki.

     Ini adalah kali pertama saya mengikuti XPDC bersama rakan-rakan baru dan berharap dapat menimba pengalaman dan menambahkan kenalan antara rakan seminat. Semoga hubungan baik sesama rakan 4x4 ini akan berkekalan selamanya.