Monday, August 22, 2016

Gila Masuk Hutan

           Minat terhadap pacuan 4 roda sememangnya tertanam di dalam jiwa dan sukar dikikis lagi. Apabila lama tidak memandu merentasi hutan dan merasai halangan kaki dan tangan mula bergetar. Cuti hari merdeka yang kian hampir memberikan peluang untuk merancang percutian.
  
            Kemanakah arah tujuan kali ini? Kawan-kawan sebelah utara mengajak untuk terjah kawasan Gerik. Ada juga pelawaan untuk ke Happy Trail, Sungai Pertang di Pahang. Hati pula terasa untuk melihat keindahan panorama Tasik Kenyir. Semua tempat ada keistimewaan sendiri.
 
            Perancangan untuk ke Tasik Kenyir telah dibuat begitu lama. Apa yang ada disana sungguh mengujakan. Ikan air tawar sedia menanti untuk diburu. Hutan yang luas siap untuk aktiviti Jungle Trecking. Tasik Kenyir kau tunggu aku datang......