20 tahun dulu, admin pernah berjalan dari Ringlet - Pos Lemoi - Kuala Medang. Masa tu masih muda dan masih baru dalam tentera. Terasa amat seronok semasa itu. Setelah 20 tahun berlalu, kalau disuruh berjalan lagi melalui jalan tersebut, rasanya dah tak mampu. Hati meronta-ronta mengajak untuk masuk ke kawasan yang penuh nostalgia itu.
Hasrat mungkin akan tercapai pada 27 April 2012 ini, apabila Utara Off Road sekali lagi merancang Ekspedisi untuk ke Pos Lemoi. Maklumat dari pembacaan dalan internet dan bahan cetak memberikan maklumat bahawa jalan ke sana memang amat mencabar terutamanya apabila musim hujan. Tapi inilah yang dicari oleh offroaders seperti kami. Maklumat juga mengatakan bahawa Sg Lemoi ada banyak ikan kelah, jadi kami juga amat berminat untuk menangkap ikan kelah untuk hidangan kami semasa berada di sana nanti.
Ekspedisi yang dirancang pada 27 April 2012 hingga 30 April 2012 diharap akan memberikan kami pengalaman baru dalam pengendalian kenderaan. Adalah diharapkan juga peserta ekspedisi pada kali ini akan memberikan kerjasama yang jitu dalam mengharungi cabaran. InsyAllah. Jom ke Pos Lemoi..........
Tuesday, April 24, 2012
Wednesday, January 25, 2012
Ekspedisi Air Banun - Pos Kemar - Sg Siput
Lebih setahun menunggu peluang untuk meredah hutan setelah setahun menumpukan perhatian kepada pengajian. Kini pengajian telah tamat dan pada cuti Tahun Baru Cina (21-23 Jan 2012) peluang meredah hutan datang lagi. 8 buah kenderaan mengambil bahagian pada ekspedisi pada kali ini. Perancangan awal kami adalah untuk bersantai di Sungai Sengoh, Air Banun untuk mencari Ikan Kelah. Nasib tak menyebelahi kami di mana jambatan telah runtuh. Kami berjumpa dengan rakan Offroader dari Kuala Lumpur sedang membaiki jambatan tersebut. Saya percaya dengan jumlah peserta yang ada, mereka akan berjaya. Syabas rakan-rakan. Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh kumpulan mereka sangatlah baik. Pembahagian kerja di buat dengan teratur.
Saya merasa amat seronok dengan trip pada kali ini terutama dapat mengenali kawan-kawan baru terutamanya Abg Nan (Pak Long). Adalah diharapkan kita akan bergabung lagi untuk trip yang lebih menyeronokkan. Cadangan saya adalah untuk mengharungi trek Kuala Betis (Gua Musang) ke Beswok. Jumpa lagi.......Off Road selamanya...Assalamualaikum
Friday, October 28, 2011
XPDC Recovery Mat Daling
Pada 29 Okt 2011, saya telah dijemput untuk menyertai satu XPDC untuk menyelamatkan satu kenderaan rakan yang telah 2 minggu tersadai di Mat Daling , Pahang. 3 buah kenderaan yang akan turut serta di mana kenderaan saya akan membawa Group Mekanik Khas yang akan membuat pembaikkan keatas kenderaan tersebut. Kami jangkakan pembaikkan akan memakan masa lebih kurang 4-5 jam kerana melibatkan pembaikan kotak gear. Namun saya amat yakin dengan kemahiran group mekanik ini yang sememangnya mahir. InsyaAllah jika masa mengizinkan kumpulan kami akan meneruskan XPDC ini ke Kg Mat Daling apabila kenderaan tersebut siap dibaiki.
Thursday, May 26, 2011
Kembara Merentas Titiwangsa
Satu program Kembara Merentas Titiwangsa telah dirancang pada 26 Jun 2011. Kembara ini akan bermula di Sungai Siput, Perak dan akan berakhir di Gua Musang, Kelantan. Kembara merentasi Banjaran Titiwangsa ini akan melalui Rasah - Pos Yom - Pos Kotai - Pos Beswok - Pos Tuwil - Pos Kuala Betis - Gua Musang. Kembara ini di jangkakan akan mengambil masa selama 3 hari 2 malam. Jumlah kenderaan yang akan mengukuti kembara ini dihadkan kepada jumlah maksima sebanyak 8 buah sahaja.
Antara persiapan yang di perlukan adalah persiapan yang rapi kepada kenderaan. Peralatan tambahan seperti Winch hendaklah dipasang pada kenderaan. Tayar mestilah sekurang-kurangnya jenis MT dan peralatan persendirian seperti kabel, cangkul, chovel dan shackle hendaklah di bawa oleh setiap kenderaan. Makanan hendaklah dibawa secara persendirian bagi setiap kenderaan untuk menampung ahli bagi kenderaan itu sendiri. Peralatan masak seperti dapur, periuk, pinggan, cawan dan sudu untuk kegunaan peribadi hendaklah dibawa. Bagi yang merokok, eloklah bawa bekalan yang berlebihan. Rokok Daun untuk menampung semasa sesak eloklah dibawa. Penyediaan makanan secara berkelompok akan dilaksanakan untuk memupukkan semangat kerjasama sesama peserta.
Persiapan yang rapi hendaklah dibuat dari sekarang. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi admin (012-4203979) untuk tempahan. Tempahan hendaklah menyatakan jenis kenderaan dan jumlah peserta yang terlibat. Tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan. Kami cuma mahukan semangat setiakawan yang tinggi dari para peserta. Kembara ini adalah riadah disamping menguji kecekapan pengendalian kenderaan dan ketahanan fizikal dan mental peserta. InsyaAllah, program kali ini akan berjaya dilaksanakan dengan jayanya. JOM KITA OFF ROAD.......

Friday, February 11, 2011
Cabaran Gulau - Gubir (3-4 Feb 2011)
Setelah lama menyepi daripada aktiviti off road, keinginan untuk masuk hutan membuak-buak. Kesempatan cuti Tahun Baru Cina dimanfaatkan untuk menghilangkan keinginan hati yang telah lama meronta-ronta. Kesempatan cuti panjang kali ini di ambil untuk mengharungi cabaran trail Gulau - Gubir. Pada pagi 3 Feb 2011, empat buah kenderaan berkumpul di simpang Gulau pada jam 0930 sambil menikmati roti canai dan teh tarik di gerai. Kenderaan yang menyertai cabaran pada kali ini ialah 2 buah Pajero, sebuah Cherokee dan sebuah Terrano. Semua kenderaan membawa keluarga masing-masing.
Pada jam 1000, kami melalui jalan masuk ke Lasor. Kami berjumpa dengan lebih kurang 40 biji geng scramler.. Mereka memberitahu kami bahawa mereka ingin keluar mengikut jalan Lasor. Setelah habis bersembang dengan geng motor, kami meneruskan perjalanan kami ke dalam hutan Gulau untuk menghadapi cabaran-cabaran yang hendak kami tempuhi. Pada lebih kurang jam 1030, kami telah bertemu dengan halangan yang pertama. Kami menempuh halangan itu dengan dengan mudah sekali.. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke halangan yang seterusnya. Halangan yang kedua sukar juga bagi kami menempuhnya,tetapi dengan bantuan winch kami boleh melepasi halangan tersebut.
Pada jam 1300, kami telah tiba di Air Kijang, dan berbincang untuk berehat seketika.. Ada yang bermandi-manda di sungai yang berdekatan.. Pada jam 1330, kami meneruskan perjalanan yang mana kami mensasarkan untuk sampai ke Sira Batu pada malam itu. Cabaran-cabaran yang kami hendak tempuhi amat menguji minda para-para pemandu. Kami perlu menempuhi lorong kubang gajah yang amat panjang dan kami telah melepasi halangan tersebut dengan susah sekali.. Kami melepaskan kenderaan yang pertama iaitu Pajero dengan menggunakan bantuan Winch.. Kenderaan yang seterusnya tidak lagi menggunakan bantuan Winch kerana kami hanya tarik kereta yang lain menggunakan kabel.
Pada jam 2200 kami tiba di Sira Batu.. Kami berhenti berkhemah kerana hari sudah lewat malam.Semua pemandu terbaring keletihan.. Kaum wanita pula menyediakan hidangan makan malam. Hidangan malam itu amat sedap dan menyelerakan.. Selepas habis makan, kami bersembang sambil menikmati air kopi.. Dalam jam 2330, semua ahli kumpulan kami masuk ke khemah masing-masing..
Pada keesokan harinya, kaum wanita bangun awal untuk menyediakan sarapan untuk ahli-ahli kumpulan. Setelah habis makan dam minum, semua ahli kumpulan turun ke sungai untuk bermandi manda. Air sungai Ulu Muda tersebut amat sejuk tetapi menyeronokkan. Setelah selesai bermandi-manda, kami meneruskan perjalanan kami ke halangan seterusnya. Halangan-halangan yang seterusnya amat sukar bagi kami kerana kami kekurangan orang lelaki.. Tetapi kami menempuh halangan tersebut dengan cekal dan tabah.
Dalam perjalanan kami, sebuah tayar pajero terkoyak akibat tergesel dengan benda tajam. kami menghabiskan beberapa minit umntuk menukar tayar yang terkoyak itu..Selepas beberapa jam perjalanan, kami tiba di Sira Air Panas.. kami meneruskan perjalanan kami, kerana kami kesuntukan masa..
Pada jam 1000, kami melalui jalan masuk ke Lasor. Kami berjumpa dengan lebih kurang 40 biji geng scramler.. Mereka memberitahu kami bahawa mereka ingin keluar mengikut jalan Lasor. Setelah habis bersembang dengan geng motor, kami meneruskan perjalanan kami ke dalam hutan Gulau untuk menghadapi cabaran-cabaran yang hendak kami tempuhi. Pada lebih kurang jam 1030, kami telah bertemu dengan halangan yang pertama. Kami menempuh halangan itu dengan dengan mudah sekali.. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke halangan yang seterusnya. Halangan yang kedua sukar juga bagi kami menempuhnya,tetapi dengan bantuan winch kami boleh melepasi halangan tersebut.
Pada keesokan harinya, kaum wanita bangun awal untuk menyediakan sarapan untuk ahli-ahli kumpulan. Setelah habis makan dam minum, semua ahli kumpulan turun ke sungai untuk bermandi manda. Air sungai Ulu Muda tersebut amat sejuk tetapi menyeronokkan. Setelah selesai bermandi-manda, kami meneruskan perjalanan kami ke halangan seterusnya. Halangan-halangan yang seterusnya amat sukar bagi kami kerana kami kekurangan orang lelaki.. Tetapi kami menempuh halangan tersebut dengan cekal dan tabah.
Dalam perjalanan kami, sebuah tayar pajero terkoyak akibat tergesel dengan benda tajam. kami menghabiskan beberapa minit umntuk menukar tayar yang terkoyak itu..Selepas beberapa jam perjalanan, kami tiba di Sira Air Panas.. kami meneruskan perjalanan kami, kerana kami kesuntukan masa..Halangan-halangan yang kami tempuhi amat mencabar stamina pemandu-pemandu.. Beberapa jam kemudian, kami berhenti berehat seketika di tempat perkhemahan yang terakhir untuk menghilangkan rasa penat.. Selepas itu kami, meneruskan perjalanan untuk kami untuk ke keluar melalui jalan Gubir..
Dalam jam 2200, sebuah kereta pajero rosak semasa menaiki bukit.. Kereta tersebut ditarik oleh kereta pajero yang lagi satu.. Kereta yang rosak itu ditarik keluar sampai ke jalan tar.. Kami tiba di Gubir pada jam 0030. Terasa puas mengharungi cabaran kali ini. Kami merancang untuk ke Lata Chermin untuk cabaran akan datang.
Monday, November 1, 2010
CABARAN GUBIR - GULAU (LASOR)
Pada 22 - 24 Okt 2010 yang lalu aktiviti meredah hutan sekali lagi dibuat di hutan Simpan Ulu Muda, Kedah berdekatan Empangan Muda dan Empangan Pedu. Ekspedisi yang dirancangkan selama 3 hari ini bermula pada 22 Okt 2010 selepas solat Jumaat di mana semua peserta berkumpul di rumah admin di Sg Petani. 7 buah kenderaan mengambil bahagian pada kali ini. Presiden Kelab Utara Offroad sendiri turun padang pada kali ini atas desakkan dari ahli-ahli. Kami bertolak agak lambat pada hari itu dan kami tiba di tempat permulaan apabila hari dah gelap.
Perjalanan kami pada petang itu pada mulanya agak lancar tetapi bertukar kepada agak mencabar pada malamnya. Banyak kenderaan yang sangkut pada halangan kerana kurang pengalaman dan keadaan kenderaan yang agak kurang bersedia untuk cabaran seperti ini. Berlainan dengan trip yang lepas di mana keadaan halangan dah cukup mencabar tetapi kali ini diburukkan lagi degan hujan yang telah merubah halangan yang sedia ada menjadi lebih sukar. Bagi yang telah menyertai trip yang lepas Dee, Omar, Shidee dan Admin kami telah menjangkakan halangan-halangan yang ada dan telah bersedia. 
Kami meredah halangan yang ada sehingga satu halangan yang besar dimana kenderaan admin yang mendahului terpaksa meredah paya dan tersangkut. Melihat kepada kenderaan admin yang tersangkut, peserta yang lain mengambil keputusan untuk memperelokkan jalan supaya paya dapat dielakkan. Semua peserta sama-sama bertungkus lumus bekerja dan halangan dapat diatasi. Kami tiba di Camp Site pertama lebih kurang jam 0100. Semua peserta kelaparan dan keletihan, sehinggakan ada yang tidak mahu lagi membantu untuk menyiapkan makanan. Walaupun demikian setelah diberikan sedikit motivasi kejersama diberikan dengan baik.....Syabas kawan-kawan
Pada hari kedua, kami bangun awal pagi untuk bersarapan dan bersiap sedia untuk cabaran seterusnya. Perjalanan pada hari kedua bermula jam 0900 setelah taklimat kepada pemandu dan bacaan doa. Pada hari ini semua peserta nampak lebih bersemangat dan memberikan kerjasama yang jitu. Perjalanan pada hari kedua ini agak mencabar kerana semua peserta belum pernah sampai hingga ke sini. Trip yang lepas hanya sampai ke Camp Site 1. Memandu di tempat yang kita belum pernah sampai adalah lebih mencabar dari tempat yang kita pernah sampai. Kita tidak dapat menjangkakan halangan-halangan yang bakal ditempuhi......
Kami tiba di Camp Site 2 pada jam 1830 dan hari hampir gelap. Sebelum sampai ke situ kami melalui satu Sira Air Panas yang penuh dengan tapak kaki binatang yang datang ke situ. Tapak kaki gajah, harimau, kijang, rusa dan babi banyak kelihatan. Semua peserta mengambil peluang untuk bergambar kerana itu adalah sesuatu yang baru bagi kami semua. Kali pertama tengok kejadian alam yang pelik......di tengah-tengah hutan ada sira....kalau dalam peta tempat itu dikenali dengan nama Charok Sira. Kenderaan yang di hadapan sekali berhenti pada petang itu di hadapan jalan curam yang dikatakan tidak boleh didaki oleh kenderaan pacuan 4 roda.
Pada malam itu bermacam-macam andaian dibuat oleh peserta. Semangat peserta telah menurun apabila salah seorang peserta yang mendakwa mempunyai pengalaman 5 tahun dalam 4x4 memberitahu bahawa bukit curam yang ada di depan kami tidak boleh di naiki oleh kenderaan 4x4. Kata beliau lagi hanya bulldozer sahaja yang mampu mendaki bukit sebegitu. Saya dan Shidee hanya berdiam diri melihatkan telatah orang yang banyak pengalaman berkata-kata. Bagi saya pengalaman sahaja tidak mencukupi kalau hati kecil dan tiada semangat. Saya malas untuk menyampuk cakap orang yang yang begitu kerana buat sakit hati sahaja.......Lantak kaulah.......
Kami bermalam di situ dengan perasaan yang kurang berpuashati. Keesokkan harinya saya dan Shidee bangun pada awal pagi untuk meninjau jalan yang kononnya tidak boleh dilalui. Kami mendapati sebatang pokok berbirat bekas tali winch untuk menaiki bukit tersebut. Secara berseloroh saya beritahu pada Shidee itu bekas winch bulldozer. Shidee ketawa........Kami berjalan agak jauh untuk memuaskan hati dan membuat analisa pada jalan. Kami membuat keputusan bahawa jalan itu boleh dilalui kerana terdapat tanda-tanda dilalui kenderaan. Kami pulang ke Camp Site di mana semua telah bangun dan menikmati sarapan. Kami bertanyakan pada pemandu yang lain dan ada yang mengambil keputusan untuk meneruskan cabaran. Walaupun demikian, makhluk yang seekor tadi tak habis-habis mengapi-apikan peserta yang lain supaya berpatah balik kerana takut tidak boleh mendaki dan mencari jalan keluar melalui Gulau. Saya dan Shidee sepakat untuk meneruskan cabaran dan 5 buah kenderaan yang lain berpatah balik. Berbekalkan sedikit pengetahuan tentang hutan dan bantuan dari GPS saya dapat mengagak jalan yang perlu dilalui oleh kami. Kami memanjat bukit yang curam itu didahului oleh Shidee dan kurang dari 10 minit kedua kenderaan kami telah berjaya melepasi bukit tersebut. Agak mudah bagi kami kalau nak dibandingkan dengan memanjat Bukit Petai di jalan ke Kuala Mu kerana kami mengambil masa 4 jam untuk melepaskan 4 buah kenderaan dalan hujan lebat. Jam menunjukkan pukul 1200 tengahari dan kami meneruskan cabaran dengan hanya 2 buah kenderaan.
Cabaran dan halangan yang kami tempuhi pada hari ke 3 ini agak mencabar tetapi mudah dilepasi. Mungkin kerana hanya 2 biji sahaja. Kami bertekat untuk membuktikan kepada peserta yang berpatah balik bahawa kami boleh melakukannya walaupun kami bersama keluarga.....isteri dan anak-anak. Kalau difikirkan agak mustahil bagi kami melakukannya. Kami tidak menyalahkan rakan-rakan yang lain kerana tarik diri tetapi semangat setiakawan yang kurang membuatkan kami terkilan sedikit. Kami biasa mengharungi cabaran yang lebih teruk tetapi mengapa kali ini mereka tarik diri. Mungkin kerana racun berbisa yang telah dicurahkan oleh orang yang banyak pengalaman.
Kalau difikirkan memang menyakitkan hati sahaja. Biarkanlah.....dia. Siapalah dia sebenarnya? Hanya budak hingusan yang mendakwa banyak pengalaman. 5 tahun pengalaman dia nak dibandingkan dengan kita yang dah 18 tahun penalaman masuk hutan dan mengendalikan 4x4 tentera untuk hantar bekalan makanan. Sedarlah pengalaman anda belum cukup......Banyak yang perlu anda pelajari......Patutlah TORC buang anda.....hahahahaha. Cukuplah tu. Sebagai ingatan kepada yang lain jangan suka mengapi-api orang. Tak baik.....Cermin diri dulu...cakap saja lantang tapi hati kecil..
Lebih kurang jam 2200 kami sampai di satu Camp site yang ditinggalkan orang. Kami berhenti masak makanan dan akhir sekali mengambil keputusan untuk bermalam di situ. Keesokkan harinya lebih kurang jam 0900 kami bertolak keluar dari hutan tersebut menuju ke jalan Lasor. Keadaan jalan amat baik dibandingkan dengan jalan yang kami lalui di permulaan cabaran hingga ke Camp Site 2. Wajah krew kami kelihatan agak riang pada hari itu dan kami keluar ke jalan besar pada jam 1400. Kami menamatkan Cabaran Gubir - Gulau dengan jayanya walaupun dengan hanya 2 buah kenderaan.
Kami berbangga kerana telah berjaya mengharungi jalan kali ini yang boleh dikategorikan HARDCORE. Kepada sesiapa yang ingin mencuba jalan ini silalah berbuat demikian kerana ianya begitu seronok dan mencabar. Kepada yang berpatah balik kami berasa amat kesal kerana berjaya mengharungi cabaran kali ini tanpa saudara semua.
Friday, October 8, 2010
TRIP KE HUTAN SIMPAN ULU MUDA (GUBIR - GULAU)
Pada 24 - 26 Sep 2010 yang lalu Tim kami sekali lagi berkumpul untuk riadah keluarga. Rancangan yang lebih berani dibuat iaitu meredah Hutan Simpan Ulu Muda (Gubir - Gulau) iaitu satu track yang dikategorikan HARDCORE. Seperti biasa Pajero admin, Cherokee Shidee, Pajero Rizal, Storm Mail dan Terrano Dee. Mail adalah kawan baru yang mengikuti kami manakala Dee baru sahaja membeli kereta Terrano. Walaupun tanpa pengubahsuaian yang khas, Dee begitu bersemangat untuk mengikuti trip kali ini.......redah ajelah.
Tim kami berkumpul di Sg Petani di rumah admin selepas solat Jumaat. Kami mula bertolak pada jam 1530 di dalam hujan lebat. Dari Sg Petani, kami melalui jalan Bukit Selambau, Jeniang, Sik, Gulau, Belantik dan Gubir. Kami tiba di Gubir pada jam 1800 dan begitu menakjubkan hujan telah reda. Kami berhenti di sebuah stesen minyak untuk top up minyak dan membeli barang keperluan. Pump minyak di sini masih menggunakan teknologi tahun 80an. Nak buat mcm mana ......dah memang jauh dari bandar. Dalam perjalanan ke tempat mula, kami melintasi kem Gubir iaitu satu Pos Operasi Hadapan yang amat terkenal pada zaman melawan komunis.
Kami mula memasuki hutan pada petang itu. Walaupun cuaca agak cerah tetapi kesan hujan masih membasahi bumi. Perjalanan kami dihalang oleh sebatang pokok yang tumbang merentangi jalan. Hampir 30 minit masa dihabishan untuk memotong kayu tersebut dan mengalihkannya ketepi. Kanak-kanak yang mengikuti ekspedisi ini asyik mengambil gambar tahi gajah kerana belum pernah tengok sebelum ini........anak bandar, jangankan tahi gajah, tahi ayam pun dia tak kenal. perjalanan diteruskan walaupun hari telah mula gelap. Pada awal malam kami telah terkeliru dengan track yang ada dan tersalah track dan "sesat".
Pada 26 Sep 2010, kami back track dan menjumpai jalan sebenar. Jalan yang agak mencabar apabila kenderaan mulai mendaki jalan yang licin. Tak banyak masalah bagi kenderaan yang menggunakan tayar MT tetapi bagi yang tayar sotong, ia merupakan pengalaman pahit bagi pemandu dan krew. Hampir 2 jam masa dibazirkan untuk melepaskan Nissan Terrano tayar sotong. Susah senang kita hadapi bersama....ewah. Cukup menyakinkan bagi pemandu-pemandu baru. Track itu sama sekali baru bagi kami semua. Tiada seorang pun yang biasa melaluinya. Kami memandu perlahan merentasi di bawah pepohon buloh. Terasa sakit di hati apabila snorkle tersangkut di buloh. Bagi Mail Storm ini adalah satu pengalaman baru yang burok baginya. Mail selalu mengikuti kelab lain dan ini kali pertama beliau merasakan jalan yang mencabar. Kereta Storm yang agak baru dilayan dengan baik, Keadaan tanah tidak membenarkan Mail memanjakan Stormnya. Tambahan pula keluh kesah dari keluarga yang turut serta, saya dapat merasakan bahawa Mail kurang selesa dengan trip ini. Sabar jelah Mail.......

Kami meredah hutan dengan sabar. Terdapat tanda-tanda bahawa terdapat beberapa buah kenderaan yang telah mendahului kami. Kumpulan dari Baling adalah tekaan yang bermain di bibir semua peserta. Jarang ada kumpulan yang memasuki jalan sebegini melainkan Geng Baling (hardcore). Separuh perjalanan kami menjumpai Suzuki Jimmy yang di tinggalkan di tepi jalan kerana rosak. Melihat sahaja kereta itu kami pasti ianya kepunyaan Geng Baling. Di mana mereka sekarang? Kami mengharungi berbagai rintangan termasuk jambatan yang telah runtuh, anak-anak sungai yang curam dan lopak air yang dalam.
Beberapa kali kenderaan kami tersangkut, tetapi berkat kerjasama semua kami dapat melepasi semua halangan yang ada. Dengan bantuan winch dan semua peralatan yang kami bawa semua halangan ditempuhi dengan mudah. Selepas lebih kurang 14 km ke dalam hutan simpan itu kami berjumpa dengan Geng Baling yang menghalang perjalanan. Mereka berhenti untuk makan dalam perjalanan arah keluar. Kami berhenti seketika bersalam-salaman tanda persahabatan antara kelab. Sememangnya dalam aktiviti ini kita perlu ada ramai kawan. Kawan-kawan ini yang akan membantu kita sekiranya ada sebarang kesusahan di dalam hutan. Kami meneruskan perjalanan hingga tiba ke satu sungai dimana semua peserta mencapai kata sepakat untuk berpatah balik kerana keadaan kenderaan yang kurang baik. Terrano telah mula semput, storm pun dah tak sehebat nama lagi........hahahahaha biasalah tu...
Kami berhenti berkhemah di kawasan lapang berdekatan sebatang sungai yang agak cantik. Airnya jernih dan sejuk ditambah pula suasana nyaman hutan membuatkan kami cukup tenang dan terhibur. Inilah yang dikatakan riadah bersama keluarga. Setiap kali berkhemah begini, waktu makan cukup menyelerakan. Masak makan secara bergotong royong memang seronok....berat sama dipikul, ringan sama dijinjing....Yang paling kami respect sekali ialah Mak Jang Mah yang telah menjangkau umur 70 tahun. Dia ialah peserta tetap yang tak pernah gagal dalam menyertai mana-mana ekspedisi kumpulan kami selama ini.
Seperti biasa kanak-kanak ialah orang yang paling seronok bila berkelah di tepi sungai begini. Ada sahaja aktiviti yang mereka buat menghabiskan masa di dalam hutan. Kebanyakkan mereka belum pernah berjumpa antara satu sma lain tapi mereka mudah mesra antara satu sama lain. Mereka main air hingga kulit berkedut dan kebiruan kerana kesejukkan. Mak budak pun sama je.....hehehehe. Bapa budak sibuk merancang apa nak buat....Kat dalam hutan ni....perempuan bos....lelaki.....kuli. Itulah sebabnya diorang suka nak ikut kalau masuk hutan. Tapi tak kisahlah....inilah masanya nak bermesra dan mengeratkan hubungan suami isteri dan keluarga.
Kesimpulannya, trip kali ini cukup menyeronokkan walaupun hanya separuh jalan. Rancangan telah dibuat untuk kumpulan kami masuk kawasan ini sekali lagi bagi menghabiskan track hingga ke Gulau. InsyaAllah penghujung Oktober adalah penentunya.....Sehingga berjumpa lagi...

Subscribe to:
Posts (Atom)