Tuesday, April 24, 2012

Pos Lemoi.....Oh Pos Lemoi

 20 tahun dulu, admin pernah berjalan dari Ringlet - Pos Lemoi - Kuala Medang. Masa tu masih muda dan masih baru dalam tentera. Terasa amat seronok semasa itu. Setelah 20 tahun berlalu, kalau disuruh berjalan lagi melalui jalan tersebut, rasanya dah tak mampu. Hati meronta-ronta mengajak untuk masuk ke kawasan yang penuh nostalgia itu.

Hasrat mungkin akan tercapai pada 27 April 2012 ini, apabila Utara Off Road sekali lagi merancang Ekspedisi untuk ke Pos Lemoi. Maklumat dari pembacaan dalan internet dan bahan cetak memberikan maklumat bahawa jalan ke sana memang amat mencabar terutamanya apabila musim hujan. Tapi inilah yang dicari oleh offroaders seperti kami. Maklumat juga mengatakan bahawa Sg Lemoi ada banyak ikan kelah, jadi kami juga amat berminat untuk menangkap ikan kelah untuk hidangan kami semasa berada di sana nanti.

Ekspedisi yang dirancang pada 27 April 2012 hingga 30 April 2012 diharap akan memberikan kami pengalaman baru dalam pengendalian kenderaan. Adalah diharapkan juga peserta ekspedisi pada kali ini akan memberikan kerjasama yang jitu dalam mengharungi cabaran. InsyAllah. Jom ke Pos Lemoi..........