Thursday, May 26, 2011

Kembara Merentas Titiwangsa

Satu program Kembara Merentas Titiwangsa telah dirancang pada 26 Jun 2011. Kembara ini akan bermula di Sungai Siput, Perak dan akan berakhir di Gua Musang, Kelantan. Kembara merentasi Banjaran Titiwangsa ini akan melalui Rasah - Pos Yom - Pos Kotai - Pos Beswok - Pos Tuwil - Pos Kuala Betis - Gua Musang. Kembara ini di jangkakan akan mengambil masa selama 3 hari 2 malam. Jumlah kenderaan yang akan mengukuti kembara ini dihadkan kepada jumlah maksima sebanyak 8 buah sahaja.

Antara persiapan yang di perlukan adalah persiapan yang rapi kepada kenderaan. Peralatan tambahan seperti Winch hendaklah dipasang pada kenderaan. Tayar mestilah sekurang-kurangnya jenis MT dan peralatan persendirian seperti kabel, cangkul, chovel dan shackle hendaklah di bawa oleh setiap kenderaan. Makanan hendaklah dibawa secara persendirian bagi setiap kenderaan untuk menampung ahli bagi kenderaan itu sendiri. Peralatan masak seperti dapur, periuk, pinggan, cawan dan sudu untuk kegunaan peribadi hendaklah dibawa. Bagi yang merokok, eloklah bawa bekalan yang berlebihan. Rokok Daun untuk menampung semasa sesak eloklah dibawa. Penyediaan makanan secara berkelompok akan dilaksanakan untuk memupukkan semangat kerjasama sesama peserta.

Persiapan yang rapi hendaklah dibuat dari sekarang. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi admin (012-4203979) untuk tempahan. Tempahan hendaklah menyatakan jenis kenderaan dan jumlah peserta yang terlibat. Tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan. Kami cuma mahukan semangat setiakawan yang tinggi dari para peserta. Kembara ini adalah riadah disamping menguji kecekapan pengendalian kenderaan dan ketahanan fizikal dan mental peserta. InsyaAllah, program kali ini akan berjaya dilaksanakan dengan jayanya. JOM KITA OFF ROAD.......