Friday, February 11, 2011

Cabaran Gulau - Gubir (3-4 Feb 2011)

            Setelah lama menyepi daripada aktiviti off road, keinginan untuk masuk hutan membuak-buak. Kesempatan cuti Tahun Baru Cina dimanfaatkan untuk menghilangkan keinginan hati yang telah lama meronta-ronta. Kesempatan cuti panjang kali ini di ambil untuk mengharungi cabaran trail Gulau - Gubir. Pada pagi 3 Feb 2011, empat buah kenderaan berkumpul di simpang Gulau pada jam 0930 sambil menikmati roti canai dan teh tarik di gerai. Kenderaan yang menyertai cabaran pada kali ini ialah 2 buah Pajero, sebuah Cherokee dan sebuah Terrano. Semua kenderaan membawa keluarga masing-masing.

             Pada jam 1000, kami melalui jalan masuk ke Lasor. Kami berjumpa dengan lebih kurang 40 biji geng scramler.. Mereka memberitahu kami bahawa mereka ingin keluar mengikut jalan Lasor. Setelah habis bersembang dengan geng motor, kami meneruskan perjalanan kami ke dalam hutan Gulau untuk menghadapi cabaran-cabaran yang hendak kami tempuhi. Pada lebih kurang jam 1030, kami telah bertemu dengan halangan yang pertama. Kami menempuh halangan itu dengan dengan mudah sekali.. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke halangan yang seterusnya. Halangan yang kedua sukar juga bagi kami menempuhnya,tetapi dengan bantuan winch kami boleh melepasi halangan tersebut.

           Pada jam 1300, kami telah tiba di Air Kijang, dan berbincang untuk berehat seketika.. Ada yang bermandi-manda di sungai yang berdekatan.. Pada jam 1330, kami meneruskan perjalanan yang mana kami mensasarkan untuk sampai ke Sira Batu pada malam itu. Cabaran-cabaran yang kami hendak tempuhi amat menguji minda para-para pemandu. Kami perlu menempuhi lorong kubang gajah yang amat panjang dan kami telah melepasi halangan tersebut dengan susah sekali.. Kami melepaskan kenderaan yang pertama iaitu Pajero dengan menggunakan bantuan Winch.. Kenderaan yang seterusnya tidak lagi menggunakan bantuan Winch kerana kami hanya tarik kereta yang lain menggunakan kabel.

             Pada jam 2200 kami tiba di Sira Batu.. Kami berhenti berkhemah kerana hari sudah lewat malam.Semua pemandu terbaring keletihan.. Kaum wanita pula menyediakan hidangan makan malam. Hidangan malam itu amat sedap dan menyelerakan.. Selepas habis makan, kami bersembang sambil menikmati air kopi.. Dalam jam 2330, semua ahli kumpulan kami masuk ke khemah masing-masing..

             Pada keesokan harinya, kaum wanita bangun awal untuk menyediakan sarapan untuk ahli-ahli kumpulan. Setelah habis makan dam minum, semua ahli kumpulan turun ke sungai untuk bermandi manda. Air sungai Ulu Muda tersebut amat sejuk tetapi menyeronokkan. Setelah selesai bermandi-manda, kami meneruskan perjalanan kami ke halangan seterusnya. Halangan-halangan yang seterusnya amat sukar bagi kami kerana kami kekurangan orang lelaki.. Tetapi kami menempuh halangan tersebut dengan cekal dan tabah.

             Dalam perjalanan kami, sebuah tayar pajero terkoyak akibat tergesel dengan benda tajam. kami menghabiskan beberapa minit umntuk menukar tayar yang terkoyak itu..Selepas beberapa jam perjalanan, kami tiba di Sira Air Panas.. kami meneruskan perjalanan kami, kerana kami kesuntukan masa..
Halangan-halangan yang kami tempuhi amat mencabar stamina pemandu-pemandu.. Beberapa jam kemudian, kami berhenti berehat seketika di tempat perkhemahan yang terakhir untuk menghilangkan rasa penat.. Selepas itu kami, meneruskan perjalanan untuk kami untuk ke keluar melalui jalan Gubir..
Dalam jam 2200, sebuah kereta pajero rosak semasa menaiki bukit.. Kereta tersebut ditarik oleh kereta pajero yang lagi satu.. Kereta yang rosak itu ditarik keluar sampai ke jalan tar.. Kami tiba di Gubir pada jam 0030. Terasa puas mengharungi cabaran kali ini. Kami merancang untuk ke Lata Chermin untuk cabaran akan datang.